0
Your Cart

Gulai Nasi Dagang Terengganu

“Susah nak jumpa Nasi Dagang Terengganu yang sedap. Mesti jauh & mahal.”

Minggu lepas saya try guna Rempah Gulai Nasi Dagang Tok Ma… Alhamdulillah, jadi! Suami & anak-anak makan bertambah. Saya sendiri pun terkejut, sebab kali ni kuah dia memang sedap sangat. Senang je rupanya masak Nasi Dagang Terengganu.

💡 Tips penting:
Nak kuah Nasi Dagang Terengganu, santan wajib guna yang segar. Kalau guna santan kotak, susah sikit nak dapat pecah minyak. Kuah pun jadi macam flat.

Ni saya share resipi.

🧄 Bahan kisar:

  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 2 cm lengkuas

🥘 Bahan lain:

  • 1 kg ikan tongkol
  • 1 paket Rempah Gulai Nasi Dagang Tok Ma
  • 2 sudu besar cili boh
  • ½ sudu kecil kunyit
  • 2 keping asam keping
  • 2 cawan santan segar (bukan kotak)
  • 1 sudu kecil kerisik
  • Cili merah/hijau (tak potong)
  • Garam & gula melaka secukup rasa

👩‍🍳 Cara masak:

  1. Rebus ikan dengan asam keping & garam. Simpan dulu ikan lepas rebus.
  2. Guna Masak santan sampai naik minyak.
  3. Masukkan rempah, bahan kisar, cili boh, kunyit & kerisik.
  4. Bila kuah pecah minyak, masukkan ikan. Perasakan.
  5. Akhir sekali, masukkan cili merah/hijau. Siap!

Saya share resepi ni sebab ramai pernah lalui pengalaman sama — nak buat sendiri tapi asyik tak jadi. Guna rempah yang dah siap sukatan & jaga kualiti santan, insyaAllah jadi 😊

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *