Kami adalah Pengeluar Rempah
Siapakah Kami?
Rempah serbuk Tok Ma adalah hasil keluaran syarikat bumiputra Anak Jasa (M) Sdn Bhd 200601033591 (753350-P) yang telah diasaskan oleh Hajjah Salehah binti Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Ma.
Produk Rempah Tok Ma dikeluarkan oleh kilang Anak Jasa (M) Sdn Bhd terletak di Terengganu Halal Park, Kawasan Perindustrian Chendering, Kuala Terengganu.


Bahan Terpilih
Rempah Tok Ma dihasilkan menggunakan 100% dari bahan bahan rempah asli terpilih yang diproses secara tradisional (‘homemade’) tanpa sebarang bendasing. Bahan mentah rempah yang digunakan juga terlebih dahulu diperiksa dan disaring sebelum dikisar untuk mempastikan kebersihan dan aroma asli rempah dikeluarkan. Rempah serbuk Tok Ma tidak menggunakan sebarang bahan asing seperti pewarna, perisa dan pengawet.
Sudah bersedia untuk masak hidangan yang padu?
Keunikan dan keaslian rempah Tok Ma juga telah memberi lebih nilai kepada pengguna dengan keaslian rasa rempah sebenarnya. Terbukti dengan paket 25g dapat digunakan untuk memasak 1 kg daging atau ikan dan paket 220g dapat memenuhi keperluan memasak untuk 8kg daging atau ikan. Beberapa campuran rempah Tok Ma juga boleh digunakan untuk berbagai masakan dan menu mengikut citarasa dan resepi masing masing.

Visi Kami
Untuk menerajui pasaran sebagai penyedia pilihan utama rempah-rempah Pantai Timur yang autentik dan mudah digunakan—membawa kembali rasa warisan silam ke masa hadapan.
Misi Kami
Citarasa warisan, dengan satu klik sahaja
Klik butang di bawah dan dapatkan Rempah Tok Ma hari ini!
